Monday, August 23, 2010

Contoh Resume Bahasa Melayu dan Inggeris


Ramai yang sentiasa tercari-cari kat mana nak dapatkan format resume yang terkini dan lengkap . Oleh itu tuan/puan boleh la muat turun antara beberapa resume yang terkini dan lengkap dalam bahasa melayu dan inggeris berserta dengan surant permohonan yang lengkap juga dalam bahasa melayu dan inggeris. Sila download sekarang.

Download Contoh Resume Dan Surat Permohonan Kerja Dalam Bahasa Melayu

Download Contoh Resume dan Surat Permohonan Kerja Dalam Bahasa Inggeris

Download Contoh Resume Yg Lengkap dan Terkini 1

Download Contoh Resume Yg Lengkap dan Terkini 2

Contoh Permohonan Surat Kerja / Jawatan Kosong


Most of the times you will write your application and cover letter in English. However, certain companies and organizations, especially those which are in the government operation, do accept application letter in Bahasa Malaysia/Melayu.
There are many samples you can refer to or download from the internet, but following is an example of a letter you can use. You can also download the Word format at the end of the sample.
______________


Semek binti Dollah
No.1111, Jalan Teratai 2A
Taman Puchong Perdana
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan


16 Mei 2020

Pengurus Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia


Tuan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Salina bt Ithman (No K/P 833333-08-5333) amat berminat untuk memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan di tempat tuan.

2.    Sebelum ini, saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir bertaraf Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan, Putrajaya selama sembilan bulan. Saya bertanggungjawab membantu menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan urusan biasiswa dan pinjaman  dalam dan luar negeri bagi pegawai dalam perkhidmatan. Kini, saya berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sumber Manusia, Putrajaya sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) juga. Di sini, saya bertanggungjawab membantu memasukkan data calon yang ingin berkursus ke dalam sistem serta membantu pegawai lain melaksanakan tugas-tugas semasa.

3.    Bersama-sama ini di sertakan resume dan sebagai rujukan pihak tuan .

4.    Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dari pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

…………………………….
(SEMEK BINTI DOLLAH)

 -------------

Download Contoh Surat Permohonan Kerja

7 Panduan Mengisi Borang Permohonan SPA8i


Borang SPA8i adalah borang permohonan perjawatan dalam kerajaan yang menggantikan penggunaan borang SPA8 yang diagihkan secara manual sebelum ini. Bermula tahun 2009, calon calon yang ingin memohon pelbagai jawatan dalam kerajaan tidak perlu menunggu sehingga keluarnya iklan di dada akhbar utama tetapi boleh mengisi secara dalam talian sepanjang tahun.

Berikut adalah panduan kepada calon calon yang berminat untuk mengisi borang SPA8i (boleh didapati di laman web Suruhanja Perkhidmatan Awam di sini):

1. Sebagaimana borang borang rasmi yang lain, segala maklumat yang diisi oleh pemohon hendaklah maklumat maklumat yang benar sahaja dan mereka yang mengemukakan maklumat palsu dan mengelirukan akan disenaraihitamkan, malah boleh diambil tindakan undang undang.

2. Setiap pemohon boleh memohon sehingga maksimum lima jawatan sahaja dalam satu borang permohonan. Permohonan (yang lengkap diisi) akan diproses secara berkomputer dan satu surat (dipanggil Surat Akuan Pendaftaran) akan dikeluarkan setelah proses permohonan siap. Calon yang membuat permohonan secara talian boleh menyemak status pendaftaran mereka selepas 3 hari bekerja (dengan memasukkan no. kad pengenalan).

3. Setiap permohonan hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan akademik tertinggi pemohon (samaada Ijazah/Sarjana/PhD, Ijazah & Diploma atau Ijazah & STPM, Diploma/Sijil, STPM/HSC, SPM/PMR/Separa Perubatan atau berkhidmat/KPSL. Setiap kelayakan mempunyai kategori berlainan dan datang dengan borang borang tersendiri.

4. Maklumat maklumat utama yang seperti pusat temu duga, negeri tempat lahir, taraf perkahwinan, keturunan dan alamat surat menyurat hendaklah diisi dengan lengkap.

5. Jika berjaya dipanggil untuk pusingan kelayakan yang seterusnya seperti peperiksaan dan temuduga, anda akan dihubungi oleh pihak SPA untuk menghadiri peperiksaan atau temuduga tersebut seperti yang dikehendaki. Bawa bersama segala dokumen yang diperlukan sewaktu menghadiri peperiksaan/temuduga untuk mengelakkan diri daripada dihalang meneruskan peperiksaan/temuduga.

6. Permohonan calon laku sehingga 1 tahun selepas pendaftaran. Sekiranya pemohon gagal mendapat maklum balas atau tidak berjaya dalam proses permohonan, mereka boleh mendaftar sekali lagi dan mengulangi proses permohonan secara talian di laman web SPA. Ini bermakna, pemohon hanya perlu menghantar permohonan sekali sahaja dalam masa satu tahun. Dalam sesi temuduga, anda juga perlu membawa resume bergambar untuk tujuan tersebut.

7. Sukatan peperiksaan adalah relevan dan bergantung kepada jawatan yang dipohon oleh calon. Calon calon hendaklah membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menghadiri peperiksaan untuk meningkatkan peluang calon untuk lulus dan melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya.

Jika pemohon mempunyai keraguan dan perlukan pertolongan, mereka boleh menghubungi pihak SPA menerusi borang e-pertanyaan yang disediakan dalam portal SPA.

Panduan Permohonan Jawatan SPA


Pengenalan: Jawatan Kosong SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Jika anda seorang warganegara Malaysia yang berminat untuk memberikan khidmat bersama kerajaan, anda dialu alukan untuk memohon jawatan kosong yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan boleh dibuat dengan mengisi boring jawatan SPA8 atau SPA8i yang disediakan secara talian (online).

Kelayakan & Klasifikasi Jawatan

Sebagai syarat asas, untuk memulakan kerjaya bersama perkhidmatan awam, anda hendaklah mempunyai sekurang kurangnya PMR, atau kelayakan kelayakan lain yang lebih baik seperti SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Sarjana, Kedoktoran dan sebagainya. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyediakan pelbagai kekosongan jawatan yang terdiri daripada pelbagai sektor perhidmatan seperti Perubatan & Kesihatan, Kejuruteraan & Kemahiran, Pentadbiran & Sokongan, Tadbir & Diplomatik, Kewangan, Undang Undang, Teknologi Maklumat, Sains, Penyelidikan, Pembangunan dan sebgainya.

Untuk memberi contoh, anda boleh memberi khidmat kepada kerajaan sebagai seorang Pembantu Tadbir, Pegawai Undang Undang, Jurutera, Juruteknik, Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), Pegawai Perikanan, Pembantu Penyelidik, Pemandu dan banyak lagi jawatan jawatan kosong yang sentiasa ditawarkan kepada calon calon pekerja yang layak.

Gaji &Kemudahan?

Gaji sebagai seorang kakitangan kerajaan adalah bergantung kepada kelayakan yang diperolehi, yang akan menentukan gred gaji permulaan. Sebagai contoh, seorang pemegang ijazah sarjana boleh menerima gaji asas diantara RM1688 hingga RM2700. Selain daripada gaji asas atau gaji pokok, terdapat pelbagai elaun dan imbuhan tambahan seperti elaun perkhidmatan awam (RM300), imbuhan tetap perumahan (RM250) dan juga elaun sara hidup, COLA (RM300 – contoh sahaja. Elaun COLA bergantung kepada lokaliti jawatan).

Calon yang mempunyai kelayakan antara PMR dan Diploma pula boleh mendapat gaji asas diantara RM820 hingga RM1760 berserta imbuhan imbuhan laing seperti yang dinyatakan di atas. Selain daripada gaji, jawatan kerajaan juga menawarkan kemudahan kemudahan seperti pembiayaan rumah, kenderaan, pinjaman pembelian computer, kemudahan rawatan, cuti tahunan, biasiswa serta peluang kenaikan pangkat.

Permohonan Jawatan Kosong SPA

Sepertimana yang disebutkan, permohonan jawatan kosong SPA boleh dibuat melalui boring SPA8 atau SPA8i yang disediakan secara talian (online) di www.spa.gov.my. Tempoh sah setiap permohonan yang dilakukan adalah setahun dimana calon yang berjaya dalam peringkat tapisan akan dipanggil untuk proses temuduga. Pemohon boleh membuat permohonan selepas setahun.

credit : http://www.jobsmalaysiaonline.com

Sunday, August 22, 2010

Tips Jika Pasangan Curang


Jika berlaku sebarang masalah dalam perhubungan seperti kehadiran orang ketiga, kesalahan sering diletakkan di atas bahu pasangan kerana sanggup menduakan anda. Sedangkan, anda sudah memberikan yang terbaik dalam perhubungan.

Ungkapan seperti 'apa salah saya', 'tidak cukupkah selama ini' dan 'apa yang kau mahu lagi,' sering dilontarkan ketika berlaku perbalahan dalam perhubungan suami isteri atau pasangan kekasih.

Namun, sedarkah anda bahawa sebahagian punca berlakunya kecurangan itu datang daripada diri anda sendiri. Kebiasaannya, pasangan pula tidak mampu untuk berterus-terang.

Hakikatnya, apabila timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. Sebaliknya, cuba atasi perasaan dan selesaikannya dengan cara terbaik. Tindakan mencaci dan memaki pasangan akan menambahkan lagi kekusutan perhubungan.

Ini adalah beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

8-Tumpukan perhatian terhadap keluarga: Mungkin anda mengabaikan keluarga dan pasangan. Sebab itulah, mereka mencari kebahagiaan di luar. Luangkan masa hujung minggu dengan sebaiknya seperti melakukan aktiviti riadah atau makan malam bersama. Libatkan seluruh keluarga dalam proses tersebut.

9-Lakukan aktiviti: Apabila terlalu runsing, ramai yang memilih untuk menyendiri. Sebaiknya, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda terlupa seketika masalah yang dihadapi. Bagus juga jika anda dapat meluangkan sedikit masa di pusat kecantikan atau spa untuk menghilangkan tekanan.

10-Dapatkan nasihat pakar: Jika masalah berpanjangan dan penceraian mungkin berlaku, dapatkan nasihat pakar dan ajak pasangan menghadiri sesi kaunseling. Demi kebaikan keluarga, berdamai adalah jalan terbaik untuk dilakukan.

Sumber : www.jobsmalaysiaonline.info

Tips Menguatkan Daya Ingatan


Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. 

Sumber : www.jobsmalaysiaonline.info

Tips Untuk Disenangi Ramai


Lumrah manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga

Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

Tenang dan kawal diri

Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja

Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.

Walaupun anda suka memakai baju-T dan jean, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif

Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa. Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'

Berterus terang, telus dan jujur


Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan. Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai. Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.

Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.

Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip


Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri

Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

Sumber : www.jobsmalaysiaonline.info
 

News | Tips @ JobsMalaysia Copyright © 2014 JobsMalaysia Blogger Template is Designed by Blogger Template