Monday, August 23, 2010

Panduan Permohonan Jawatan SPA


Pengenalan: Jawatan Kosong SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Jika anda seorang warganegara Malaysia yang berminat untuk memberikan khidmat bersama kerajaan, anda dialu alukan untuk memohon jawatan kosong yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan boleh dibuat dengan mengisi boring jawatan SPA8 atau SPA8i yang disediakan secara talian (online).

Kelayakan & Klasifikasi Jawatan

Sebagai syarat asas, untuk memulakan kerjaya bersama perkhidmatan awam, anda hendaklah mempunyai sekurang kurangnya PMR, atau kelayakan kelayakan lain yang lebih baik seperti SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Sarjana, Kedoktoran dan sebagainya. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyediakan pelbagai kekosongan jawatan yang terdiri daripada pelbagai sektor perhidmatan seperti Perubatan & Kesihatan, Kejuruteraan & Kemahiran, Pentadbiran & Sokongan, Tadbir & Diplomatik, Kewangan, Undang Undang, Teknologi Maklumat, Sains, Penyelidikan, Pembangunan dan sebgainya.

Untuk memberi contoh, anda boleh memberi khidmat kepada kerajaan sebagai seorang Pembantu Tadbir, Pegawai Undang Undang, Jurutera, Juruteknik, Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), Pegawai Perikanan, Pembantu Penyelidik, Pemandu dan banyak lagi jawatan jawatan kosong yang sentiasa ditawarkan kepada calon calon pekerja yang layak.

Gaji &Kemudahan?

Gaji sebagai seorang kakitangan kerajaan adalah bergantung kepada kelayakan yang diperolehi, yang akan menentukan gred gaji permulaan. Sebagai contoh, seorang pemegang ijazah sarjana boleh menerima gaji asas diantara RM1688 hingga RM2700. Selain daripada gaji asas atau gaji pokok, terdapat pelbagai elaun dan imbuhan tambahan seperti elaun perkhidmatan awam (RM300), imbuhan tetap perumahan (RM250) dan juga elaun sara hidup, COLA (RM300 – contoh sahaja. Elaun COLA bergantung kepada lokaliti jawatan).

Calon yang mempunyai kelayakan antara PMR dan Diploma pula boleh mendapat gaji asas diantara RM820 hingga RM1760 berserta imbuhan imbuhan laing seperti yang dinyatakan di atas. Selain daripada gaji, jawatan kerajaan juga menawarkan kemudahan kemudahan seperti pembiayaan rumah, kenderaan, pinjaman pembelian computer, kemudahan rawatan, cuti tahunan, biasiswa serta peluang kenaikan pangkat.

Permohonan Jawatan Kosong SPA

Sepertimana yang disebutkan, permohonan jawatan kosong SPA boleh dibuat melalui boring SPA8 atau SPA8i yang disediakan secara talian (online) di www.spa.gov.my. Tempoh sah setiap permohonan yang dilakukan adalah setahun dimana calon yang berjaya dalam peringkat tapisan akan dipanggil untuk proses temuduga. Pemohon boleh membuat permohonan selepas setahun.

credit : http://www.jobsmalaysiaonline.com
Share This

0 comments:

Post a Comment

 

News | Tips @ JobsMalaysia Copyright © 2014 JobsMalaysia Blogger Template is Designed by Blogger Template