Wednesday, August 11, 2010

40,000 Pekerja bank terima durian runtuh


KUALA LUMPUR 11 Ogos — Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima “durian runtuh” antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon memberitahu Bernama hari ini sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.

Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas hingga 31 Dis 2011 sebagai “yang terbaik dalam sejarah NUBE” kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.

Antara faedah tersebut ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun yang dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus. — Bernama

Share This

0 comments:

Post a Comment

 

News | Tips @ JobsMalaysia Copyright © 2014 JobsMalaysia Blogger Template is Designed by Blogger Template