Wednesday, August 27, 2014

Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA…
Berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidamatan Awam (SPA),peperiksaan Penguasa Kastam untuk Gred W41 di jadualkan akan di adakan  pada 6 September 2014.

Berikut merupakan format dan contoh soalan Peperiksaan Bertulis Online Penguasa Kastam W41 2014:
1.Seksyen A : Pengetahuan Am
2.Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3.Seksyen C : Ujian Psikometrik/ Ujian Sahsiah
Seksyen A : Pengetahuan Am
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
 
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia secara amnya.
Calon dikehendaki mengetahui secara umumberkaitan dengan
1.Urusan perkastaman
2.Pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa.
3.Pengurusan teknologi maklumat & komunikasi,
4.Keselamatan Negara dan undang-undang,
5.Bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa
 
Contoh Soalan:
1.Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah
A.Kementerian Kewangan
B.Kementerian Dalam Negeri
C.Kementerian Perdagangan Antarabangsa
D.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan
Jawapan : A
 
2.Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?
I Pulau Perhentian II Pulau Langkawi III Pulau Tioman IV Labuan
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
Jawapan: D
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:


ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:
1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A 160 orang B 200 orang C 400 orang D 560 orang Jawapan: A
Teknik menjawab: Pelancong luar negara = 40/100 x 400 = 160 = 160 + 400 = 560 Pelancong tempatan = 2/3 x 600 = 400 Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160
iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Panduan Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
Adalah semua di atas itu dapat membantu anda? Mungkin tidak mana mungkin hanya 5 atau 6 soalan dapat membantu anda menghadapi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ini.
Sehubungan dengan ini kami pihak Tim Infokerjaya yang telah berkecimpung dalam menyediakan rujukan dan panduan berasaskan exam yang dijalankan oleh pihak SPA sejak dari tahu 2009 lagi.
Seramai 62 ribu calon yang telah kami bantu. Buktinya Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 baru-baru ini telah dapat sambutan yang sangat menggalakan. Kenapa? kerana payah dan susah nak mendapatan rujukan dan panduan seumpama ni secara online maupun secara offline.
Di bawah merupakan beberapa testimoni mereka yang pernah mendapatkan panduan peperiksaan SPA sebelum ini: 
 

 ================================================
ALERT!! : RUJUKAN & CONTOH SOALAN UNTUK
CALON EXAM KASTAM 6 SEPTEMBER 2014,

UNTUK MUAT TURUN KLIK DI SINI --->  http://bit.ly/TipsPenguasaKastam

(MOHON SHARE & WAR-WAR  pada kwn2 anda)
================================================


Regards,
Admin
Share This

0 comments:

Post a Comment

 

News | Tips @ JobsMalaysia Copyright © 2014 JobsMalaysia Blogger Template is Designed by Blogger Template