
Format Exam PTD 2014 [ KHAS UNTUK CALON EXAM PTD 1 NOVEMBER 2014 SAHAJA ]
Sedia maklum format 
exam PTD 2014 telah pun ditetapkan oleh pihak 
SPA. Cuma format pada tahun ini ada sedikit perubahan memandangkan 
peperiksaan dijalankan secara online. Pada tahun lepas format exam PTD 
adalah seperti berikut :
– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei
– Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
– Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris
Itu adalah format exam pada tahun lepas dimana ianya dijalankan 
secara offline. Tapi kini peperiksaan dijalankan secara online 
sebagaimana exam Penguasa Kastam W41 baru-baru ini. Maka format exam PTD
 pada tahun 2014 ialah :
– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Ujian Psikometrik
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan – soalan akan dibahagikan kepada 3 seksyen
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50
Tujuan
 seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara 
yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki 
mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ 
infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ 
tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan 
hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, 
keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam
 seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, 
kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan 
untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang
 dikemukakan.
Contoh Soalan Seksyen B Peperiksaan PTD
 
Contoh Soalan Seksyen B Peperiksaan PTD
 
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon
 akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan 
pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data 
tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Seksyen B Peperiksaan PTD
 
Contoh Soalan Seksyen B Peperiksaan PTD
 
iii) Konsep Matematik
Konsep
 Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada
 antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di 
peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka 
menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan 
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan 
pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Contoh Soalan Matematik Peperiksaan PTD
 
Contoh Soalan Matematik Exam PTD
 
SEKSYEN C : UJIAN PSIKOMETRIK
Calon-calon
 dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon 
iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, 
kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Contoh Soalan
Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD
 
Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
 
Untuk persediaan yang lebih rapi menjelang peperiksaan, saya cadangkan anda untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya ini.
Kelebihan Pakej Rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini:
Panduan
 disediakan oleh Tim Infokerjaya ( dahulu Team TipsPTD) yang 
berpengalaman menyediakan panduan peperiksaan SPA untuk calon sejak 2009
 lagi.
 
Teknik panduan menjawab soalan peperiksaan disediakan mengikut seksyen
 
Nota Bantuan Menghadapi Peperiksaan SPA disertakan
 
Telah membantu lebih daripada 63000 graduan untuk menghadapi peperiksaan SPA
 
Berdasarkan
 maklumbalas yang diterima oleh calon-calon peperiksaan SPA sebelum ini,
 rata-ratanya memberikan komen yang maklumbalas yang positif tentang 
pakej rujukan ini. Mereka bersetuju bahawa pakej rujukan yang diperolehi
 banyak membantu dalam persediaan mereka menghadapi peperiksaan.
 
Bagaimana boleh saya dapatkan panduan ini?